Noorjana Najwa binti Mohamad Nazriri

Eksekutif Pemasaran Internet, EasyParcel

Minat Najwa di dalam bidang pemasaran sejak zaman belajar. Semasa tahun akhir juga, Najwa lebih memilih kepada melakukan projek tahun akhir dengan tajuk "Market Orientation". Najwa suka mengkaji tentang aktiviti pelanggan dan penjual dalam urusan jual beli. Dan bagaimana untuk meningkatkan urusan jual beli dalam bidang teknologi. Najwa telah mendapat tawaran untuk bekerja di EasyParcel pada tahun 2017 sebaik sahaja beliau tamat pelajaran. Namun bukan di dalam bidang yang dia minati iaitu bahagian jualan. Pengurus bahagian jualan mendapati bahawa "skill" yang Najwa ada adalah bukan dalam bidang jualan tapi di dalam pemasaran. Dengan memfokuskan pemasaran di dalam "Malay market". Dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai "Malay market". Jika anda melihat mana-mana blog atau "post" sosial media di dalam Bahasa Melayu, dia adalah orangnya. Najwa juga mempunyai perniagannya sendiri sekarang dengan menjual baju-baju wanita. Ini kerana beliau ingin ketahui dengan lebih dekat dan jelas bagaimana permainan "Malay market" ini dengan lebih jelas.

0945 - 1030 AM

(17/4/2020) Jumaat

PKP Bukan Penghalang Untuk Anda Meneruskan Perniagaan

Noorjana Najwa binti Mohamad Nazriri, Eksekutif Pemasaran Internet, , EasyParcel

Musim PKP sebenarnya telah memberikan tekanan yang besar kepada semua peniaga terutama peniaga kecil-kecilan. Namun, pada musim PKP ini, ia tidak akan menjadi batu penghalang kepada mereka untuk meneruskan perniagaan secara dalam talian dan menggunakan perkhidmatan kurier Pgeon untuk membantu mereka di dalam penghantaran.
Download Slide