Mastura Md Gaush
Mastura pernah menjadi Pemasaran eCommerce & jualan di sebuah syarikat alatan teknologi. Semasa kerjayanya, dia berpeluang untuk mendalami teknik dalam tingkatkan jualan online dari pelbagai platform seperti Lazada, Shopee dan juga 11street. Dalam jangka masa kurang dari 4 bulan, dia telah berjaya meraih jualan RM50,000 dalam Lazada. Dengan latar belakang pengajian new media communication and entrepreneurship, dia dapat menceburi bidang pengembaraan produk dan mula aktif dalam Youtube bagi meluaskan pasaran.Pada tahun 2018, dia mula menyertai EasyParcel sebagai perunding perniagaan yang pada masa yang sama membantu meluaskan pasaran Melayu melalui media sosial Instagram. Diringkaskan cerita, kerana minat yang mendalam dalam pemasaran digital, sekarang dia dalam jabatan pemasaran & kreatif dan sedang bergiat usaha dalam menerajui dan menyelidik pasaran usahawan kecil dan usahawan eCommerce.
(17/4/2020) Jumaat
Alami Peningkatan Jualan Dengan Pembelian Berulang Dari Pelanggan Anda.
Mastura Md Gaush, Eksekutif Pemasaran Internet, EasyParcel
Aktif kan pelanggan sedia ada anda dan tidak perlu risau lagi dengan jualan anda. Sering kali usahawan berbincang dan fokus tentang selepas servis penjualan tetapi usahawan lupa tentang faktor utama iaitu pengalaman penghantaran. Berikutan PKP, ramai usahawan bertukar kepada perniagaan atas talian. Jadi jika anda masih belum pasti cara untuk menambat hati pelanggan , anda sedang mengalami kerugian. Perkongsian kali ini berfokus kepada cara bagaimana anda boleh memberi pelanggan anda pengalaman pembelian yang terbaik dan tip untuk membuat pelanggan anda mengulangi pembelian dengan anda!
Download Slide