Asnor Vidya Nor Azmi

Timbalan Pengarah, Unit eTRADE (MATRADE)

Asnor Vidya Nor Azmi merupakan Timbalan Pengarah, Unit Program eTRADE, Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital, MATRADE. Beliau bersama-sama Unit eTRADE bertanggungjawab meningkatkan penglibatan PKS Malaysia menyertai platform eDagang antarabangsa untuk eksport di bawah Program eTRADE. Mula berkerja di MATRADE sejak tahun 2004 sebagai Penolong Pengurus, beliau mempunyai pengalaman bertugas di Bahagian Promosi Eksport, Bahagian Perancangan Strategik dan Pembangunan Pengeksport.

1030 - 1115 AM

(16/4/2020) Khamis

Program eTRADE; Meningkatkan Eksport Melalui eDagang

Asnor Vidya Nor Azmi, Timbalan Pengarah, Unit eTRADE (MATRADE)

Program eTRADE merupakan satu inisiatif untuk membantu syarikat-syarikat PKS Malaysia mengeksport menggunakan eDagang antarabangsa. Insentif satu kali bernilai maksimum RM5,000 akan diberikan kepada syarikat yang menepati syarat dan diluluskan untuk membantu membiayai sebahagian kos penyenaraian dan lain-lain kos berkaitan untuk satu platform eDagang di bawah Program eTRADE.
Download Slide